Rekabentuk dan Pembangunan Animasi 2D sebagai Medium Pengajaran Bahasa Arab di Universiti Islam Selangor (UIS)

Design and Development of 2D Animation as a Medium for Teaching Arabic Language at Selangor Islamic University (UIS)

Authors

  • Ahmad Syukri Adnan Jabatan Multimedia Kreatif, Fakulti Multimedia Kreatif dan Komputeran, Universiti Islam Selangor,43000 Kajang, Selangor, Malaysia
  • Nuralia Izzati Mohamad Jafri Jabatan Pengajian Bahasa dan Linguistik Arab, Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor,43000 Kajang, Selangor, Malaysia
  • Mohamad Imran Ahmad Jabatan Pengajian Bahasa dan Linguistik Arab, Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor,43000 Kajang, Selangor, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37934/jarsbs.40.1.5163

Keywords:

Rekabentuk dan pembangunan, animasi 2D, teknik dan medium pengajaran, perbualan bahasa Arab, model ADDIE, fasa produksi, Design and development, 2D animation, teaching techniques and medium, Arabic conversation, ADDIE model, production phases

Abstract

Dalam era digitalisasi pendidikan, penggunaan multimedia merupakan kaedah yang efektif dalam menyampaikan pengajaran. Namun, pengajaran bahasa Arab, terutama dalam meningkatkan kemahiran perbualan, sering menghadapi cabaran dari segi kefahaman konteks perbualan sebenar. Banyak kartun 2D dalam bahasa Arab yang sedia ada tidak direka khusus untuk tujuan pengajaran, sebaliknya lebih menjurus kepada hiburan, yang kadang kala tidak memberi tumpuan kepada struktur perbualan yang betul, penggunaan kosa kata akademik, dan konteks pembelajaran formal. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk: (1) mengenal pasti teknik pengajaran yang sesuai bagi pelajar mempelajari perbualan bahasa Arab, (2) membangunkan animasi 2D sebagai medium dalam teknik pengajaran bahasa Arab, dan (3) mengaplikasikan animasi 2D ini sebagai bahan bantu mengajar. Proses rekabentuk dan pembangunan animasi 2D ini berdasarkan model instruksi ADDIE dan kaedah alir kerja produksi animasi iaitu pra-produksi, produksi dan pasca produksi. Proses yang dirancang dengan teliti dapat menghasilkan produk yang menarik dan berkualiti Kajian ini dijalankan ke atas 20 pelajar daripada Jabatan Pengajian Bahasa dan Linguistik Arab (JPBLA) di Universiti Islam Selangor (UIS) menggunakan instrumen soal selidik dan analisis data kuantitatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa 95% responden bersetuju bahawa animasi 2D membantu dalam meningkatkan kemahiran perbualan bahasa Arab dan memudahkan hafalan dialog. Sebanyak 80% responden turut melaporkan bahawa kandungan animasi 2D mudah difahami, dengan gaya paparan yang menarik dan jelas. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini mengesahkan bahawa animasi 2D merupakan medium yang berkesan dalam meningkatkan pengajaran perbualan bahasa Arab. Dengan ini, animasi 2D dapat dijadikan alat bantu mengajar yang relevan dalam mempertingkatkan kemahiran komunikasi dalam bahasa Arab.

In the era of educational digitalization, multimedia is an effective method for delivering instruction. However, teaching Arabic, particularly in improving conversational skills, often faces challenges in understanding the context of real-life conversations. Many existing 2D Arabic cartoons are not specifically designed for educational purposes; instead, they focus more on entertainment, which sometimes fails to emphasize correct conversational structures, the use of academic vocabulary, and formal learning contexts. Therefore, this study aims to: (1) identify appropriate teaching techniques for students to learn Arabic conversation, (2) develop 2D animations as a medium for Arabic language teaching techniques, and (3) apply these 2D animations as teaching aids. The design and development process of the 2D animation follows the ADDIE instructional model and the workflow of animation production, which includes pre-production, production, and post-production. A well-planned process can result in an engaging and high-quality product. This study was conducted on 20 students from the Department of Arabic Language and Linguistics Studies (JPBLA) at the Islamic University of Selangor (UIS) using questionnaires and quantitative data analysis. The results of the study show that 95% of respondents agreed that 2D animation helps improve Arabic conversational skills and facilitates the memorization of dialogues. Additionally, 80% of respondents reported that the content of the 2D animations was easy to understand, with clear and appealing visuals. Overall, the findings of this study confirm that 2D animation is an effective medium for enhancing Arabic conversation teaching. Thus, 2D animation can serve as a relevant teaching aid in improving communication skills in the Arabic language.

 

Author Biographies

Ahmad Syukri Adnan, Jabatan Multimedia Kreatif, Fakulti Multimedia Kreatif dan Komputeran, Universiti Islam Selangor,43000 Kajang, Selangor, Malaysia

ahmadsyukri@uis.edu.my

Nuralia Izzati Mohamad Jafri, Jabatan Pengajian Bahasa dan Linguistik Arab, Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor,43000 Kajang, Selangor, Malaysia

aliajafri29@gmail.com

Mohamad Imran Ahmad, Jabatan Pengajian Bahasa dan Linguistik Arab, Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor,43000 Kajang, Selangor, Malaysia

imranahmad@uis.edu.my

Downloads

Published

2025-09-04

Issue

Section

Articles