Perpaduan Kaum dan Konsep Malaysia Madani: Suatu Penilaian Sosial
Ethnic Unity and the Malaysia Madani Concept: A Social Assessment
Keywords:
Perpaduan, kestabilan, kemajuan, kesepakatan, sosial, inklusif, kesaksamaan dan Madani Unity, stability, progress, consensus, social, inclusive, equality and MadaniAbstract
Perpaduan antara kaum merupakan asas penting dalam menjamin kestabilan dan kemajuan sesebuah negara. Makalah ini mengkaji konsep perpaduan yang dikaitkan secara langsung terhadap gabungan atau kesepakatan. Hal ini akan melihat intipati utama dalam dasar kerajaan ke arah kemakmuran bersama. Sejarah penubuhan Malaysia pada tahun 1963 dan proses integrasi sosial yang unik dalam konteks Malaysia turut dibincangkan, dengan penekanan kepada tiga komponen utama perpaduan iaitu keadilan sosial, kesaksamaan, dan inklusiviti. Konsep Malaysia Madani, adalah bertujuan membina masyarakat inklusif dan harmoni dengan menekankan nilai seperti keadilan sosial dan keharmonian. Selain itu, perbincangan tentang cabaran dan halangan dalam mencapai perpaduan antara kaum, termasuk ketidaksamarataan ekonomi dan polarisasi kaum turut sama dilakukan. Perpaduan antara kaum yang berteraskan konsep Malaysia Madani mempunyai potensi besar untuk memperkukuh keharmonian nasional, dengan syarat pendekatan inklusif dan keadilan sosial terus diutamakan.
Inter-ethnic unity is a fundamental pillar in ensuring the stability and progress of a nation. This paper examines the concept of unity as it directly relates to integration and consensus, focusing on the key elements within government policies aimed at achieving shared prosperity. The historical context of Malaysia's formation in 1963 and the unique process of social integration within the Malaysian context are discussed, with an emphasis on three core components of unity: social justice, equality, and inclusivity. The concept of Malaysia Madani aims to build an inclusive and harmonious society by emphasizing values such as social justice and harmony. Additionally, the paper explores the challenges and obstacles in achieving inter-ethnic unity, including economic disparities and ethnic polarization. Unity among the diverse ethnic groups, as envisioned through the Malaysia Madani framework, holds significant potential for strengthening national harmony, provided that an inclusive approach and social justice remain central priorities.










