Keberkesanan dan Persepsi Pelajar Terhadap Papan Permainan C++ Maze Board Sebagai Alat Pengajaran dan Pembelajaran dalam Meningkatkan Penguasaan Kursus Asas Pengaturcaraan
Effectiveness and Students’ Perceptions of the C++ Maze Board Game as a Teaching and Learning Tool in Enhancing Mastery of The Basic Programming Course
Keywords:
Pengaturcaraan, papan permainan, alat pengajaran, persepsi, C++ Maze Board, programming, board game, instructional tool, perceptionAbstract
Pembelajaran pengaturcaraan memerlukan pemahaman yang mendalam tentang sintaks dan logik, sering menjadi cabaran kepada pelajar. Selain itu, antara alasan yang diberikan oleh pelajar atas kegagalan mereka dalam melaksanakan tugasan praktikal, kuiz, ujian dan peperiksaan akhir ialah mereka keliru dan kurang kefahaman tentang konsep asas dan istilah yang digunakan dalam Bahasa Pengaturcaraan C++. Oleh itu, satu inovasi C++ Maze Board yang berasaskan papan permainan telah dibangunkan bagi kursus Programming Fundamentals di Politeknik Muadzam Shah (PMS). C++ Maze Board ini telah diadaptasi daripada permainan Dam Ular. C++ Maze Board diperkenalkan untuk menjadikan sesuatu pembelajaran lebih menarik dan menyeronokan serta dapat membantu pelajar memahami asas pengaturcaraan C++ melalui aktiviti berasaskan permainan. Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan dan persepsi pelajar terhadap inovasi ini dalam meningkatkan penguasaan mereka terhadap subjek pengaturcaraan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan soal selidik bagi tujuan pengumpulan data. Kajian ini melibatkan 61 orang responden iaitu pelajar Diploma Teknologi Maklumat (DIT) yang mengikuti kursus Programming Fundamentals di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Muadzam Shah. Data-data yang diperolehi daripada responden kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Package for the Social Science (SPSS) versi 26.0 bagi mendapatkan data deskriptif. Sebelum pelajar mula bermain C++ Maze Board, pelajar diberi soalan pre-test manakala post-test diberi selepas pelajar selesai bermain bagi menilai keberkesanan penggunaan C++ Maze Board. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan skor markah iaitu dari 65.6% pelajar mendapat skor tinggi (16 - 20 markah) meningkat kepada 83.6% selepas pelajar bermain C++ Maze Board. Manakala dapatan kajian untuk persepsi pelajar dari segi minat, penerimaan dan motivasi terhadap papan permainan C++ Maze Board berada pada tahap yang tinggi dengan nilai skor min 4.45. Justeru, penggunaan alat bantu pengajaran dan pembelajaran C++ Maze Board ini telah memberi impak positif kepada peningkatan penguasaan asas pengaturcaraan dan dapat diterima sebagai alat pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan.
Learning programming requires a comprehensive understanding of syntax and logic, which often presents a significant challenge for students. Among the common reasons cited for their underperformance in practical assignments, quizzes, tests, and final examinations are confusion and a lack of understanding of fundamental concepts and terminology used in the C++ programming language. To address this issue, an educational game-based innovation known as the C++ Maze Board, inspired by the traditional Snakes and Ladders game, was developed for the Programming Fundamentals course at Politeknik Muadzam Shah (PMS). The C++ Maze Board aims to enhance engagement and enjoyment in the learning process while supporting students in grasping basic C++ programming concepts through game-based activities. This quantitative study was conducted to evaluate the effectiveness of the C++ Maze Board and students’ perceptions of its use in improving their mastery of programming. A total of 61 Diploma in Information Technology (DIT) students enrolled in the Programming Fundamentals course at the Department of Information and Communication Technology, PMS, participated in the study. Data were collected via questionnaires and analysed using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 26.0 for descriptive statistics. Prior to engaging with the game, students were given a pre-test, followed by a post-test after gameplay to assess learning outcomes. The results indicated an improvement in performance, with the percentage of students scoring highly (16–20 marks) increasing from 65.6% to 83.6% after using the C++ Maze Board. Additionally, students’ perceptions in terms of interest, acceptance, and motivation toward the game were highly positive, with a mean score of 4.45. These findings suggest that the C++ Maze Board is an effective and engaging teaching aid that positively contributes to students’ understanding of fundamental programming concepts and can be considered a valuable tool in programming education.









