Kebolehpasaran Kursus Operasi Pengeluaran Batik:Satu Kajian Kes Ke Atas Murid Masalah Pembelajaran
DOI:
https://doi.org/10.37934/frle.40.1.111Keywords:
Kebolehpasaran, kemenjadian, murid bermasalah pembelajaran, Operasi Pengeluaran Batik, Pendidikan Khas Vokasional, employability, learning disabilities, Batik Production Operation, Vocational Special Education, personal developmentAbstract
Operasi Pengeluaran Batik merupakan bidang yang boleh menjadi platform kepada kemenjadian murid bermasalah pembelajaran (MMP) yang boleh diterokai. Kajian ini memfokuskan kepada keberkesanan kursus Operasi Pengeluaran Batik yang dilaksanakan kepada kemenjadian MMP selepas mereka menamatkan persekolahan. Sehubungan dengan itu, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengambil kira kaedah temu bual dan kaedah analisis dokumen dalam mendapatkan dapatan kajian. Sampel kajian yang digunakan adalah dua (2) orang guru yang mengajar kursus Operasi Pengeluaran Batik di sebuah sekolah menengah yang melaksanakan program pendidikan khas vokasional di Selangor. Data yang diperoleh telah dianalisis secara deskriptif dan dihuraikan dalam bentuk naratif. Secara keseluruhan, kajian ini membuktikan bahawa kebolehpasaran MMP yang mengikuti kursus Operasi Pengeluaran Batik adalah rendah kerana MMP lebih memilih untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya ataupun bidang lain yang tidak berkaitan dengan Operasi Pengeluaran Batik. Secara kesimpulannya, strategi pengajaran kursus Operasi Pengeluaran Batik menitikberatkan pengetahuan dan kemahiran guru manakala guru juga bertanggungjawab melaksanakan strategi ataupun usaha dalam memastikan MMP mendapatkan pekerjaan ataupun menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran yang sama selepas menamatkan persekolahan. Kajian ini boleh dijadikan sebagai sumber dalam membuat perancangan dan pengubahsuaian perlaksanaan vokasional dalam Pendidikan Khas. The Batik Production Operation is a field that can serve as a platform for the personal development of students with learning disabilities (MMP). This study focuses on the effectiveness of the Batik Production Operation course inshaping the future prospects of MMP after they complete their schooling. A qualitative approach was employed in this study, incorporating interviews and document analysis methods to obtain the research findings. The study sample consisted of two (2) teachers who teach the Batik Production Operation course at a secondary school that implements a vocational special education program in Selangor. The collected data were analyzed descriptively and presented in a narrative form. Overall, the findings indicate that the employability of MMP who completed the Batik Production Operation course is low, as they tend to pursue further education or shift to other fields unrelated to Batik Production Operations. In conclusion, the teaching strategies for the Batik Production Operation course emphasize teachers' knowledge and skills, while teachers also play a crucial role in implementing strategies and initiatives to ensure that MMP secure employment or further their studies in the same vocational field after graduation. This study serves as a valuable resource for planning and modifying the implementation of vocational education in Special Education programs.