Herba dalam Perubatan Tradisional Melayu: Analisis Persepsi, Pengetahuan dan Pengamalannya dalam Kalangan Generasi Z

Herbs in Malay Traditional Medicine: Analysis of Perception, Knowledge and Practice among Generation Z

Authors

  • Arina Johari Department of Malay Language, Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Language, International Islamic University Malaysia, Edu Hub Pagoh, 84600 Pagoh, Muar, Johor, Malaysia
  • Nurul Jamilah Rosly Department of Malay Language, Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Language, International Islamic University Malaysia, Edu Hub Pagoh, 84600 Pagoh, Muar, Johor, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37934/fsat/1.1.113a

Keywords:

Herbs, tradisional medicine, Malays' perception, Generation Z

Abstract

Herba tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan masyarakat Melayu, iaitu sebagai ramuan dalam makanan malah paling penting untuk tujuan perubatan. Namun, didapati hanya golongan lama yang masih percaya dan mengamalkan penggunaan herba ini; sebaliknya pula bagi Generasi Z. Jika dibiarkan situasi ini berlanjutan pasti mengimplikasikan kesan ke atas imej dan jati diri orang Melayu. Maka, kajian ini dilakukan bertujuan meneroka definisi, ciri-ciri dan kegunaan tumbuhan herba dalam perubatan tradisional orang Melayu serta menganalisis persepsi, pengetahuan dan pengamalannya dalam kalangan Generasi Z. Analisis ini mengaplikasikan metod

rujukan sumber dan pembacaan bagi mendapatkan maklumat tentang jenis dan makna tumbuhan herba; metod temu bual separa struktur terhadap 40 responden iaitu 10 pengamal perubatan tradisional dan 30 Generasi Z. Dapatan memperlihatkan tumbuhan herba digunakan sebagai elemen kesihatan dan perubatan tradisional dalam tiga situasi, iaitu i) Ramuan/ aroma makanan; ii) Ramuan ubat untuk kegunaan luar; dan iii) Ramuan jus/tonik/ubat untuk diminum/makan. Generasi Z pula secara majoritinya didapati kurang mempercayai tumbuhan herba boleh merawat penyakit malah didapati kurang kesedaran dan pengetahuan tentang bentuk, jenis dan maknanya. Dapatan turut memperlihatkan Generasi Z tidak berminat dan tiada motivasi untuk mengetahui tentang tumbuhan herba selain mengalami sindrom budaya popular dalam amalan atau pola pemakanan yang dipilih. Kajian ini diharap akan dapat memberi nilai terhadap tumbuhan herba yang semakin dilupakan oleh generasi muda sekali gus meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat supaya terus menghargai serta melestarikan tumbuhan herba ini sebagai unsur perubatan tradisional Melayu merentas zaman.

The Malay community considers herbs to be essential components of their daily life, using them as food ingredients and much more so for medicinal purposes. But it was discovered that only the elderly continued to utilise and believe in the benefits of this herb, while generation Z was the opposite. Allowing this condition to persist will undoubtedly affect the image and identity of Malays. Thus, the purpose of this study was to investigate the types and meanings of herbal plants used in Malay traditional medicine as well as to analyse the perceptions, knowledge, and practices of the herb among Generation Z. This study is conducted through library research method to obtain information about the types and meanings of herbal plants; semi-structured interview with 40 respondents, comprising 10 traditional medicine practitioners and 30 generation Z. Findings have found that Malay people use herbal plants as medicines in three situations: as food ingredients, as external medicinal substances, and as juice or drinking medicine. Generation Z, on the other hand, was found to be the majority not only have no belief that herbal plants may cure illness, but also found to lack awareness and knowledge about their meanings, types and uses. Findings also show that generation Z lacks interest and motivation to learn about herbal plants in addition to experiencing popular culture syndrome in their chosen dietary practices. It is hoped that this study will be able to provide value to herbal plants which are increasingly being overlooked by the younger generation thus broaden the knowledge and awareness of the community so that they continue to appreciate and preserve herbal plants as an element of Malay traditional medicine across the ages.

Author Biographies

Arina Johari, Department of Malay Language, Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Language, International Islamic University Malaysia, Edu Hub Pagoh, 84600 Pagoh, Muar, Johor, Malaysia

arinajr@iium.edu.my

Nurul Jamilah Rosly, Department of Malay Language, Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Language, International Islamic University Malaysia, Edu Hub Pagoh, 84600 Pagoh, Muar, Johor, Malaysia

nuruljamilah@iium.edu.my

Downloads

Published

2025-04-05

Issue

Section

Articles