Prinsip Etika Kecerdasan Buatan Generatif (KBG) Dalam Pentaksiran Bahasa Melayu: Perspektif Guru

Authors

Keywords:

Kecerdasan Buatan Generatif, etika AI, pentaksiran Bahasa Melayu, pemahaman guru, pentaksiran digital, Generative Artificial Intelligence, AI ethics, Malay Language assessment, teachers’ understanding, digital assessment

Abstract

Perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan Generatif (KBG) telah memberi pengaruh yang besar terhadap bidang pendidikan, khususnya dalam amalan pentaksiran. Dalam konteks pentaksiran Bahasa Melayu, penggunaan KBG menawarkan pelbagai manfaat seperti penjanaan bahan pentaksiran secara automatik, maklum balas segera dan peningkatan kecekapan dalam proses penilaian murid. Namun begitu, penggunaan teknologi ini turut menimbulkan pelbagai isu etika berkaitan ketelusan algoritma, keadilan, akauntabiliti, ketepatan maklumat dan penyalahgunaan kandungan yang dijana oleh AI. Oleh itu, artikel konseptual ini membincangkan pemahaman guru terhadap prinsip etika Kecerdasan Buatan Generatif dalam amalan pentaksiran Bahasa Melayu. Perbincangan berfokus kepada enam prinsip etika yang dikemukakan oleh Laine et al. (2025), iaitu menghormati harta intelek, ketepatan maklumat, kekukuhan, pengenalpastian penyalahgunaan, tanggungjawab sosiobudaya dan reka bentuk berpusatkan manusia. Artikel ini turut menghuraikan hubungan antara prinsip etika tersebut dengan teori etika seperti Deontologi, Utilitarianisme, Sidgwick dan Etika Tanggungjawab. Selain itu, cabaran dan implikasi penggunaan KBG dalam pentaksiran Bahasa Melayu seperti bias algoritma, integriti akademik, kebergantungan teknologi dan keperluan kesedaran etika guru turut dibincangkan. Secara keseluruhannya, artikel ini menegaskan bahawa guru memainkan peranan penting dalam memastikan penggunaan KBG dalam pentaksiran dilaksanakan secara beretika, adil dan selaras dengan nilai pendidikan. Kajian ini juga mencadangkan keperluan pembangunan garis panduan etika, dasar pendidikan yang jelas dan kajian empirikal lanjut berkaitan pemahaman guru terhadap etika AI dalam konteks pendidikan di Malaysia.

Author Biography

Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore, Universiti Kebangsaan Malaysia

Pusat Kajian Kepimpinan dan Polisi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Downloads

Published

2026-06-18

Issue

Section

Articles