Pemetaan Hierarki Keperluan Maslow dan Kelangsungan Ekonomi dalam Masyarakat Menua di Malaysia: Satu Analisis Konseptual
Mapping Maslow's Hierarchy of Needs and Economic Sustainability in an Aging Society in Malaysia: A Conceptual Analysis
Keywords:
penuaan, Maslow, ekonomi Maslow, aging, economyAbstract
Malaysia sebenarnya sedang berhadapan dengan trend penuaan penduduk dan penurunan kadar kelahiran. Oleh itu, kertas teoritikal ini akan meneliti hubungan antara Hierarki Keperluan yang diperkenalkan oleh Maslow dengan kelangsungan ekonomi dalam kalangan masyarakat Malaysia yang semakin menua. Peningkatan peratusan penduduk berusia di Malaysia menimbulkan masalah sosioekonomi yang serius apabila negara menuju status negara menua. Golongan warga emas berdepan dengan ketidakjaminan kewangan, akses yang semakin terhad kepada perkhidmatan kesihatan, serta kemerosotan sistem sokongan sosial. Dengan menggunakan teori motivasi manusia Maslow sebagai kerangka teoritikal, kertas ini mengkaji bagaimana warga emas di Malaysia menangani pelbagai peringkat keperluan manusia, bermula daripada keperluan asas untuk kelangsungan hidup hingga kepada pencapaian aktualisasi diri dalam keadaan ekonomi yang rapuh. Perbincangan turut menegaskan bahawa konsep kelangsungan hidup dalam kalangan warga emas perlu dilihat bukan sahaja dari sudut material, tetapi juga dari dimensi psikologi, sosial, dan emosi. Kertas ini mengemukakan hujah dengan menggabungkan secara konseptual bidang psikologi, sosiologi, dan ekonomi, serta mencadangkan bahawa dasar kebangsaan berkaitan penuaan dan dasar ekonomi perlu selaras dengan kerangka motivasi manusia bagi memastikan kelestarian kesejahteraan dan maruah sosial dalam kalangan warga emas di Malaysia.
Malaysia is actually facing an aging population and a declining birth rate. Therefore, this theoretical paper will examine the relationship between the Hierarchy of Needs introduced by Maslow and economic sustainability among the aging Malaysian society. The increasing percentage of the elderly population in Malaysia poses serious socioeconomic problems as the country moves towards the status of an aging nation. The elderly face financial insecurity, increasingly limited access to health services, and a deteriorating social support system. Using Maslow's theory of human motivation as a theoretical framework, this paper examines how the elderly in Malaysia address various levels of human needs, starting from the basic needs for survival to the achievement of self-actualization in a fragile economic situation. The discussion also emphasizes that the concept of survival among the elderly needs to be viewed not only from a material perspective, but also from psychological, social, and emotional dimensions. This paper presents an argument by conceptually combining the fields of psychology, sociology, and economics, and suggests that national policies on aging and economic policies need to be consistent with the framework of human motivation to ensure the sustainability of well-being and social dignity among the elderly in Malaysia.










