Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan CHATGPT dalam Penulisan Akademik: Satu Kajian Literatur Sistematik
Student Perceptions of the Use of CHATGPT in Academic Writing: A Systematic Literature Review
Keywords:
ChatGPT, penulisan akademik, persepsi pelajar, kecerdasan buatan, integriti akademik, academic writing, student perception, artificial intelligence, academic integrityAbstract
Kajian ini merupakan tinjauan literatur sistematik tentang persepsi pelajar terhadap penggunaan ChatGPT dalam penulisan akademik. Sebanyak sepuluh sumber telah dianalisis, terdiri daripada sembilan literatur kajian sistematik dan satu kajian empirikal utama, yang memberi tumpuan kepada pengalaman, pendapat, dan kebimbangan pelajar mengenai penggunaan ChatGPT dalam akademik penulisan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar secara amnya memberi persepsi yang positif terhadap ChatGPT yang merupakan salah satu alat sokongan yang membantu, mempertingkatkan kecekapan penulisan, membetulkan, dan memperkayakan perbendaharaan, memberi maklum balas yang pantas, dan menyokong pembelajaran secara kendiri. ChatGPT juga didapati secara meluas digunakan bagi pelbagai peringkat dalam proses penulisan seperti penjanaan idea, penghasilan draf, penyuntingan dan juga semakan akhir. Walau bagaimanapun, pengunaan ChatGPT secara positif juga mendatangkan kekhuatiran yang besar, terutamanya mengenai integriti akademik, kebergantungan yang berlebihan, ketepatan maklumat, dan kesan yang berpotensi negatif mengenai penguasaan berfikir secara kritikal dan kemahiran menulis secara berdikiri. Kajian ini juga telah membuktikan bahawa terdapat beberapa faktor kontekstual yang mempengaruhi persepsi pelajar, seperti tahap literasi digital, pengalaman sebelumnya dengan teknologi kecerdasan buatan, kebijakan institusi, bimbingan yang diberikan oleh pensyarah, dan tahap pendidikan. Kajian ini secara keseluruhannya mencadangkan pelajar beranggapan penggunaan ChatGPT dalam penulisan akademik adalah satu kelebihan, namun mereka memerlukan garis panduan, latihan berstruktur, dan pengawasan untuk memastikan penggunaan ChatGPT di peringkat pendidikan tinggi dapat digunakan dengan beretika dan berkesan.
This study is a systematic literature review on students' perceptions of the use of ChatGPT in academic writing. A total of ten sources were analyzed, consisting of nine systematic literature reviews and one primary empirical study, which focused on students' experiences, opinions, and concerns regarding the use of ChatGPT in academic writing. The study findings showed that students generally gave a positive perception of ChatGPT as one of the support tools that helps, improves writing efficiency, corrects, and enriches vocabulary, provides quick feedback, and supports self-directed learning. ChatGPT was also found to be widely used at various stages in the writing process such as idea generation, draft production, editing, and final revision. However, the positive use of ChatGPT also raised significant concerns, especially regarding academic integrity, over-reliance, information accuracy, and potentially negative effects on critical thinking and independent writing skills. This study also demonstrated that there are several contextual factors that influence students' perceptions, such as digital literacy level, previous experience with artificial intelligence technology, institutional policies, guidance provided by lecturers, and education level. This study overall suggests that students consider the use of ChatGPT in academic writing to be an advantage, but they need guidelines, structured training, and supervision to ensure that the use of ChatGPT at the higher education level can be used ethically and effectively.










