Keberkesanan Penggunaan Multimedia bagi Modul Pembiakan Tumbuhan di Kolej Vokasional Lahad Datu, Sabah

The Effectiveness of using Multimedia for Plant Breeding Modules at Lahad Datu Vocational College, Sabah

Authors

  • Anizah Mohd Salleh Jabatan Sains Pertanian, Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Keywords:

Pembiakan tumbuhan; alat bantu mengajar; multimedia; model ADDIE Plant propagation; teaching aids; multimedia; ADDIE model

Abstract

Proses pembelajaran yang berpusatkan murid diberi penekanan pada elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreatif, serta aplikasi nilai murni dan etika. Maka, guru perlu berkemahiran untuk mengadaptasi aspek pedagogi serta teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Walau bagaimanapun, sistem pengajaran konvensional yang mengaplikasi kaedah ‘chalk and talk’ masih mengguna pakai buku teks sebagai alat bantu mengajar yang utama. Situasi ini turut dihadapi bagi mata pelajaran Pertanian berikutan kesukaran untuk mengingat dan memahami fakta sains seterusnya menyebabkan minat dan motivasi pelajar semakin merudum. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan alat bantu mengajar multimedia bagi Modul 2 Pembiakan Tumbuhan Tingkatan 4 di Kolej Vokasional Pertanian, Lahad Datu. Objektif kajian merangkumi i) untuk menganalisis keperluan multimedia dalam Modul 2 Pembiakan Tumbuhan, ii) untuk mereka cipta multimedia dalam bentuk video bagi subtopik pembiakan tumbuhan secara aseks, dan iii) untuk menguji multimedia yang telah dibangunkan dalam bentuk video bagi subtopik pembiakan tumbuhan secara aseks. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah pendekatan kuantitatif. Analisis keperluan dan keberkesanan alat bantu mengajar multimedia dilaksanakan dengan menggunakan kaedah soal selidik, manakala model ADDIE dirujuk dalam pembinaan alat bantu mengajar multimedia. Perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) digunakan sebagai kaedah penganalisisan data. Alat bantu mengajar multimedia yang berkesan bagi memudahkan murid untuk mengingati dan memahami fakta sains dipengaruhi oleh enam faktor iaitu elemen video (M=4.587; SP= 0.596), grafik(M=4.573; SP=0.615), animasi (M=4.467; SP=0.660), kandungan video (M=4.440;SP=0.626), teks (M=4.413; SP= 0.704) dan audio (M=4.347; SP= 0.646). Faktor-faktor ini adalah selari dengan elemen yang dijelaskan dalam teori konstruktivisme iaitu pembelajaran berpusatkan pelajar selaras dengan pembelajaran abad ke-21.

 

The student-centered learning process emphasizes elements of communication, collaboration, critical and creative thinking, and the application of noble values ​​and ethics. Therefore, teachers need to be skilled in adapting pedagogical aspects and technology in the teaching and learning process in the classroom. However, the conventional teaching system that applies the 'chalk and talk' method still uses textbooks as the main teaching aid. This situation is also faced for the Agriculture subject due to the difficulty in remembering and understanding scientific facts, which causes students' interest and motivation to decline. This study aims to evaluate the effectiveness of multimedia teaching aids for Module 2 Plant Reproduction, Form 4 at the Agricultural Vocational College, Lahad Datu. The objectives of the study include i) to analyze the needs of multimedia in Module 2 Plant Reproduction, ii) to create multimedia in the form of videos for the subtopic of asexual plant reproduction, and iii) to test the multimedia that has been developed in the form of videos for the subtopic of asexual plant reproduction. The study design used is a quantitative approach. The analysis of the needs and effectiveness of multimedia teaching aids was carried out using the questionnaire method, while the ADDIE model was referred to in the construction of multimedia teaching aids. Statistical Package for the Social Science (SPSS) software was used as a data analysis method. Effective multimedia teaching aids to facilitate students in remembering and understanding science facts were influenced by six factors, namely video elements (M=4.587; SP= 0.596), graphics (M=4.573; SP=0.615), animation (M=4.467; SP=0.660), video content (M=4.440; SP=0.626), text (M=4.413; SP= 0.704) and audio (M=4.347; SP= 0.646). These factors are in line with the elements explained in the constructivist theory, namely student-centered learning in line with 21st century learning.

Author Biography

Anizah Mohd Salleh, Jabatan Sains Pertanian, Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Downloads

Published

2026-07-08

Issue

Section

Articles