Penghayatan Solat Pelajar Sekolah Menengah Agama di Selangor: Analisis Dimensi Pengetahuan, Perasaan dan Amalan

Prayer Appreciation among Religious Secondary School Students in Selangor: An Analysis of Knowledge, Feeling and Practice Dimensions

Authors

  • Nursyafiqa Bokhari Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor, Selangor, Malaysia
  • Syarul Azman Shaharuddin Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor, Selangor, Malaysia

Keywords:

Penghayatan solat, Pendidikan Islam, sekolah menengah agama, pengetahuan, perasaan, amalan, Prayer appreciation, Islamic education, religious secondary schools, knowledge, feeling, practice

Abstract

Solat merupakan ibadah asas yang menjadi tunjang pembentukan keperibadian Muslim serta berfungsi sebagai medium pendidikan rohani yang membentuk hubungan manusia dengan Allah SWT. Dalam konteks pendidikan Islam, penghayatan solat tidak seharusnya dinilai berdasarkan pelaksanaan ibadah semata-mata, sebaliknya perlu difahami secara holistik melalui gabungan dimensi pengetahuan, perasaan dan amalan. Walaupun pelbagai kajian berkaitan solat telah dijalankan, kebanyakannya lebih menumpukan kepada aspek pelaksanaan ibadah atau hubungannya dengan akhlak dan sahsiah tanpa meneliti penghayatan solat sebagai satu konstruk multidimensi, khususnya dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penghayatan solat pelajar sekolah menengah agama di Selangor berdasarkan dimensi pengetahuan, perasaan dan amalan. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan dengan melibatkan seramai 331 orang pelajar daripada tiga buah sekolah menengah agama di Selangor yang dipilih melalui persampelan rawak berkelompok. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik berskala Likert lima mata dan dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26. Dapatan menunjukkan bahawa tahap penghayatan solat pelajar berada pada tahap sangat tinggi dengan nilai min keseluruhan 4.01. Dimensi perasaan mencatatkan nilai min tertinggi (min = 4.14), diikuti dimensi pengetahuan (min = 3.57) dan dimensi amalan (min = 3.56). Walaupun tahap penghayatan secara keseluruhan adalah memberangsangkan, dimensi amalan masih memerlukan pengukuhan agar penghayatan solat dapat diterjemahkan secara lebih konsisten dalam kehidupan harian. Kajian ini menyumbang kepada pengembangan konsep penghayatan solat dalam pendidikan Islam dengan memperkukuh pendekatan yang mengintegrasikan aspek kognitif, afektif dan tingkah laku. Dapatan kajian turut memberi implikasi kepada guru Pendidikan Islam, pentadbir sekolah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merancang program penghayatan ibadah yang lebih sistematik dan berimpak.

Prayer is a fundamental act of worship in Islam that serves as the foundation for developing Muslim personality and spiritual well-being. Within Islamic education, prayer appreciation should not be confined to ritual performance alone but should be understood holistically through the integration of knowledge, feeling and practice. Although numerous studies have examined prayer and religiosity, most have focused primarily on ritual practice or its relationship with morality and character development, with limited attention given to prayer appreciation as a multidimensional construct, particularly among students in religious secondary schools. Therefore, this study aims to examine the level of prayer appreciation among religious secondary school students in Selangor based on the dimensions of knowledge, feeling and practice. A quantitative survey design was employed involving 331 students selected through cluster random sampling from three religious secondary schools in Selangor. Data were collected using a five-point Likert-scale questionnaire and analysed descriptively using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 26. The findings indicate that the overall level of prayer appreciation was very high (mean = 4.01). The feeling dimension recorded the highest mean score (4.14), followed by knowledge (3.57) and practice (3.56). Although the overall level of prayer appreciation is encouraging, the practice dimension requires continuous enhancement to ensure that students consistently translate their appreciation of prayer into daily life. This study contributes to the literature on Islamic education by strengthening the conceptualisation of prayer appreciation as an integration of cognitive, affective and behavioural dimensions. The findings also provide practical implications for Islamic Education teachers, school administrators, the Selangor Islamic Religious Department (JAIS) and the Ministry of Education Malaysia in strengthening programmes related to prayer appreciation and character development.

Author Biographies

Nursyafiqa Bokhari, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor, Selangor, Malaysia

Syarul Azman Shaharuddin, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor, Selangor, Malaysia

Downloads

Published

2026-07-14

Issue

Section

Articles