Keberkesanan Ruqyah Islami dalam Meningkatkan Perkembangan Kognitif dan Sahsiah Murid Pendidikan Khas di Daerah Rembau
The Effectiveness of Islamic Ruqyah in Enhancing the Cognitive and Character Development of Special Education Students in the Rembau District
Keywords:
Ruqyah Islami, kognitif, sahsiah, murid pendidikan khas, Ruqyah, cognitive, character, students with special needs.Abstract
Peningkatan bilangan murid berkeperluan khas (MBK) menuntut pelaksanaan intervensi yang bersifat holistik bagi menyokong bukan sahaja pencapaian akademik, malah perkembangan kognitif dan sahsiah mereka. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pendekatan Ruqyah Islami dalam meningkatkan perkembangan kognitif dan sahsiah murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Daerah Rembau, Negeri Sembilan. Kajian menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen yang melibatkan seramai 52 orang murid yang dipilih daripada populasi 60 orang melalui teknik persampelan berlapis secara bertujuan. Intervensi dilaksanakan selama 12 minggu menggunakan modul Yayasan Faqeh yang merangkumi bacaan ayat-ayat al-Quran terpilih, doa perlindungan, zikir harian serta elemen tazkiyah al-nafs. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik yang telah disahkan kesahan dan kebolehpercayaannya, kemudian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi melalui ujian-t sampel berpasangan. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam aspek perkembangan kognitif dan sahsiah selepas intervensi dilaksanakan. Skor min kognitif meningkat daripada 2.85 kepada 3.72, manakala skor min sahsiah meningkat daripada 3.05 kepada 3.88 (p < 0.001). Nilai saiz kesan Cohen's d masing-masing ialah 1.12 dan 1.05, menunjukkan kesan praktikal yang besar. Kajian ini merumuskan bahawa pendekatan Ruqyah Islami berpotensi menjadi intervensi sokongan holistik yang berkesan dalam memperkukuh perkembangan kognitif dan sahsiah murid berkeperluan khas serta boleh dipertimbangkan sebagai amalan pelengkap dalam pendidikan khas.
The increasing number of students with special educational needs (SEN) has highlighted the importance of holistic interventions that address not only academic achievement but also cognitive and character development. This study aimed to examine the effectiveness of the Islamic Ruqyah approach in enhancing the cognitive development and character formation of students enrolled in the Integrated Special Education Program (ISEP) in the Rembau District, Negeri Sembilan, Malaysia. A quasi-experimental research design was employed involving 52 students selected from a population of 60 through purposive stratified sampling. The intervention was implemented over a period of 12 weeks using a structured module developed by Yayasan Faqeh, incorporating the recitation of selected Quranic verses, protective supplications, daily dhikr, and elements of tazkiyah al-nafs (spiritual purification). Data were collected using a validated questionnaire and analysed using descriptive statistics and paired-sample t-tests. The findings revealed significant improvements in both cognitive functioning and character development following the intervention. The mean cognitive score increased from 2.85 to 3.72, while the mean character score increased from 3.05 to
3.88 (p < 0.001). Cohen’s d values of 1.12 and 1.05 indicated large practical effects. The study concludes that the Islamic Ruqyah approach can serve as an effective holistic supportive intervention for enhancing cognitive and character development among SEN students and may be considered as a complementary practice within special education settings.










