Amalan Pengajaran Guru Aliran Perdana terhadap Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Pendengaran dalam Program Pendidikan Inklusif

Teaching Practices of Mainstream Teachers towards Students with Hearing Impairments in the Inclusive Education Programme

Authors

  • Ilias Zakaria Faculty of Education and Liberal Studies, City University Malaysia,Petaling Jaya, 46100, MALAYSIA
  • Lily Muliana Mustafa Faculty of Education and Liberal Studies, City University Malaysia, Petaling Jaya, 46100, Malaysia

Keywords:

amalan pengajaran, guru aliran perdana, murid berkeperluan pendidikan khas pendengaran, Program Pendidikan Inklusif, pendidikan khas

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengajaran guru aliran perdana terhadap murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) pendengaran dalam Program Pendidikan Inklusif (PPI). Fokus kajian adalah untuk meneliti tahap pengetahuan, kemahiran pedagogi, penggunaan strategi pengajaran serta cabaran yang dihadapi oleh guru aliran perdana dalam melaksanakan pengajaran inklusif kepada murid bermasalah pendengaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan dengan melibatkan guru aliran perdana di beberapa buah sekolah yang melaksanakan PPI. Data dikumpulkan melalui soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan menunjukkan bahawa guru mengamalkan penggunaan bahan visual, pengubahsuaian strategi pengajaran dan komunikasi yang jelas sebagai amalan utama dalam pengajaran inklusif. Walau bagaimanapun, tahap penguasaan bahasa isyarat dan latihan profesional khusus masih berada pada tahap sederhana. Kajian mencadangkan agar latihan berkaitan pendidikan inklusif dan ketidakupayaan pendengaran diperkasakan secara berterusan bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran. Implikasi kajian ini diharapkan dapat membantu memperkukuhkan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif secara lebih efektif dan holistik di sekolah terutama MBPK pendengaran.

Downloads

Published

2026-08-12

Issue

Section

Articles