Sinergi Pengaturcaraan Scratch dan Automasi UAV: Satu Pendekatan Baharu dalam Kurikulum Mekatronik Sekolah Menengah
Synergy of Scratch Programming and UAV Automation: A New Approach in the Secondary School Mechatronics Curriculum
Keywords:
Modul Interaktif, reka cipta, ADDIE, CTML, vokasional, Interactive module, instructional design, vocationalAbstract
Integrasi teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) seperti Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) ke dalam kurikulum sangat penting untuk memupuk literasi digital. Walau bagaimanapun, guru menghadapi kekangan pedagogi dan teknikal disebabkan kekurangan bahan terstruktur serta kesuntukan masa mengajar. Kajian ini bertujuan untuk menggabungkan pengaturcaraan visual Scratch dengan kawalan dron fizikal di sekolah, sekali gus memudahkan pendidikan pengaturcaraan awal. Kajian ini menggariskan pembangunan dan pengesahan pakar terhadap e-modul interaktif yang menggabungkan pengaturcaraan visual Scratch dengan kawalan dron fizikal bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tahun 4 dan Tingkatan 3. Menggunakan reka bentuk kajian pembangunan kualitatif berpandukan model instruksional ADDIE lima fasa, kajian ini melibatkan tiga pakar bidang melalui persampelan bertujuan. Data dikumpul menggunakan protokol temu bual separa struktur untuk fasa analisis keperluan dan penilaian kesahan. Analisis keperluan mengesahkan kurangnya modul pengaturcaraan RBT. Fasa penilaian membuktikan e-modul sedia ada selaras sepenuhnya dengan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Integrasi grafik langkah demi langkah, video pendek melalui kod QR, dan skrip automatik didapati mengurangkan masa pengajaran secara signifikan di samping memenuhi pelbagai gaya belajar murid.
The integration of Industrial Revolution 4.0 (IR4.0) technologies such as Unmanned Aerial Vehicles (UAVs) into the curriculum is crucial to foster digital literacy. However, teachers face pedagogical and technical constraints due to the lack of structured materials and limited teaching time. This study aims to combine Scratch visual programming with physical drone control in schools, thus facilitating early programming education. This study outlines the development and expert validation of an interactive e-module that combines Scratch visual programming with physical drone control for the Design and Technology (RBT) subject in Year 4 and Form 3. Using a qualitative developmental research design guided by the five-phase ADDIE instructional model, this study involved three subject experts through purposive sampling. Data were collected using a semi-structured interview protocol for the needs analysis and validity assessment phases. The needs analysis confirmed the lack of RBT programming modules. The evaluation phase proved that the existing e-modules were fully aligned with the Curriculum and Assessment Standard Document (DSKP). The integration of step-by-step graphics, short videos via QR codes, and automated scripts has been found to significantly reduce teaching time while also catering to a variety of student learning styles.










