Pembangunan dan Kebolehgunaan Modul Interaktif Toolway bagi Topik Peralatan dan Mesin dalam Mata Pelajaran Reka Cipta

Development and Usability of the Toolway Interactive Module for the Topic of Tools and Machines in the Design and Innovation Subject

Authors

  • Mohd Isam Julasili Jabatan Teknologi Kejuruteraan, Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Fardila Mohd Zaihidee Jabatan Teknologi Kejuruteraan, Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

Keywords:

Modul Interaktif, reka cipta, ADDIE, CTML, vokasional, Interactive module, instructional design, vocational

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai kebolehgunaan modul interaktif Toolway bagi topik Peralatan dan Mesin dalam mata pelajaran Reka Cipta Tingkatan 5. Reka Cipta merupakan salah satu mata pelajaran teknikal dan vokasional yang menekankan aspek kreativiti dan kemahiran teknikal, namun pelaksanaannya di sekolah berdepan cabaran seperti kekurangan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dan interaktif. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti keperluan pembangunan modul, membangunkan modul interaktif Toolway dan menilai kebolehgunaannya dari perspektif guru. Kajian ini menggunakan model reka bentuk instruksional ADDIE serta mengaplikasikan teori Konstruktivisme dan Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia (CTML). Reka bentuk kajian adalah berasaskan pendekatan campuran melibatkan kaedah temu bual separa berstruktur untuk analisis keperluan dan penilaian kebolehgunaan, serta soal selidik untuk mendapatkan kesahan kandungan modul. Hasil kajian menunjukkan bahawa modul Toolway mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi dari segi reka bentuk visual, kandungan selari DSKP, elemen interaktif dan aksesibiliti. Modul ini bukan sahaja membantu guru meningkatkan kualiti pengajaran tetapi juga mendorong penglibatan aktif pelajar dalam proses pembelajaran. Implikasi kajian mencadangkan modul ini boleh diperluaskan kepada topik lain dalam subjek Reka Cipta dan penambahbaikan boleh dilakukan dengan penambahan teknologi Augmented Reality (AR).

This study aims to develop and evaluate the usability of the interactive "Toolway" module for the "Tools and Machines" topic within the Form 5 *Reka Cipta* (Invention/Design) subject. *Reka Cipta* is a technical and vocational subject that emphasizes creativity and technical skills; however, its implementation in schools faces challenges, such as a lack of suitable and interactive teaching aids. The study's objectives were to identify the need for module development, develop the interactive Toolway module, and evaluate its usability from the teachers' perspective. The study employed the ADDIE instructional design model and applied Constructivism theory and the Cognitive Theory of Multimedia Learning (CTML). A mixed-methods research design was used, incorporating semi-structured interviews for needs analysis and usability evaluation, alongside questionnaires to establish the module's content validity. The findings indicate that the Toolway module possesses a high level of usability regarding visual design, alignment with the *DSKP* (Standard Curriculum and Assessment Document) content, interactive elements, and accessibility. The module not only assists teachers in enhancing teaching quality but also fosters active student engagement in the learning process. The study suggests that the module could be expanded to cover other topics within the *Reka Cipta* subject and further improved through the integration of Augmented Reality (AR) technology.

Author Biography

Fardila Mohd Zaihidee, Jabatan Teknologi Kejuruteraan, Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

fardila@ftv.upsi.edu.my

Downloads

Published

2026-08-27

Issue

Section

Articles