Hubungan antara Sikap dan Penerimaan Pelajar Tingkatan Enam terhadap Pembelajaran dalam Talian
The Relationship between Form Six Students’ Attitude and Acceptance towards Online Learning
DOI:
https://doi.org/10.37934/arsbs.42.1.130145Keywords:
Pembelajaran dalam talian, pelajar tingkatan enam, sikap, kebergunaan, kemudahgunaan, Online learning, form six students, attitude, usefulness, ease of useAbstract
Pembelajaran dalam talian kini telah menjadi salah satu kaedah pembelajaran yang digunakan secara meluas di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sikap dan penerimaan pelajar Tingkatan Enam terhadap pembelajaran dalam talian serta hubungan antara sikap dan penerimaan tersebut. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan yang melibatkan seramai 275 orang pelajar tingkatan enam di sebuah daerah di negeri Kedah. Data dikumpulkan melalui soal selidik dalam talian dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 20, yang merangkumi analisis deskriptif (peratus, min dan sisihan piawai) serta analisis inferensi menggunakan korelasi Pearson bagi meneliti hubungan antara pemboleh ubah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap sikap, kebergunaan dan keinginan tingkah laku pelajar terhadap pembelajaran dalam talian berada pada tahap sederhana, manakala tahap kemudahgunaan dan penggunaan sebenar berada pada tahap tinggi. Analisis korelasi mendapati terdapat hubungan positif yang kuat antara sikap dengan semua faktor penerimaan, iaitu kebergunaan, kemudahgunaan, keinginan tingkah laku dan penggunaan sebenar pembelajaran dalam talian. Selain itu, dapatan kajian turut menunjukkan bahawa kemudahgunaan mempunyai hubungan positif yang sangat kuat dengan penggunaan sebenar, yang menggambarkan bahawa pelajar lebih cenderung menggunakan pembelajaran dalam talian apabila mereka merasakan platform tersebut mudah digunakan. Justeru, guru dan pihak sekolah perlu mengambil langkah proaktif untuk memperjelas fungsi, manfaat dan kelebihan pembelajaran dalam talian kepada pelajar, di samping menyediakan bimbingan yang sesuai bagi meningkatkan tahap penerimaan mereka.
Online learning has now become one of the widely used modes of learning in Malaysia. Accordingly, this study was conducted to identify Form Six students’ attitudes and acceptance towards online learning, as well as the relationship between attitude and acceptance. The study employed a survey research design involving 275 Form Six students from a district in the state of Kedah. Data were collected through an online questionnaire and analysed using SPSS version 20, which included descriptive analyses (percentage, mean, and standard deviation) and inferential analysis using Pearson correlation to examine the relationships between variables. The findings revealed that students’ attitudes, perceived usefulness, and behavioural intention towards online learning were at a moderate level, while perceived ease of use and actual usage were at a high level. Correlation analysis indicated a strong positive relationship between attitude and all acceptance factors, namely perceived usefulness, perceived ease of use, behavioural intention, and actual usage of online learning. In addition, the findings also showed that perceived ease of use had a very strong positive relationship with actual usage, suggesting that students are more likely to use online learning when they perceive the platform as easy to use. Therefore, teachers and schools should take proactive measures to clarify the functions, benefits, and advantages of online learning to students, as well as provide appropriate guidance to enhance their level of acceptance.










