Tahap Penerimaan Terhadap Jem Keping Sitrus Sebagai Inovasi Makanan

Level of Acceptance of Citrus Slice Jam as a Food Innovation

Authors

  • Shahirah Muhammad Zin Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik METrO Kuantan, 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia
  • Rofidza Ramli Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik METrO Kuantan, 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia

Keywords:

Jem kepingan, kulit sitrus, sisa makanan, rendah gula, Sheet jam, citrus peel, food waste, low sugar

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap penerimaan pengguna terhadap jem dalam bentuk kepingan yang dihasilkan daripada isi dan kulit sitrus. Produk ini diformulasikan menggunakan stevia dan madu sebagai pemanis semula jadi, menjadikannya rendah gula dan lebih sihat berbanding jem komersial. Produk ini juga dibangunkan sebagai alternatif makanan sihat yang praktikal dan mesra pengguna kerana tidak memerlukan peralatan tambahan seperti sudu untuk digunakan. Inovasi ini memanfaatkan sepenuhnya bahan semula jadi dan menyumbang kepada pengurangan sisa makanan, sejajar dengan keperluan gaya hidup moden yang mengutamakan kemudahan dan kesihatan. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji penerimaan pengguna dari aspek rasa, tekstur, bau dan kemudahan penggunaan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui edaran soal selidik kepada 150 orang responden yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar semester 1 hingga 5 pelajar Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal Politeknik METrO Kuantan. Instrumen soal selidik merangkumi maklumat demografi, aspek pengetahuan tentang buah sitrus, persepsi terhadap nilai produk, penilaian deria dan kemudahan penggunaan, serta kesediaan membeli. Dapatan menunjukkan penerimaan yang tinggi terhadap aspek rasa, tekstur, bau, nilai pemakanan, kemudahan penggunaan dan kesediaan membeli produk jem keping sitrus. Skor purata tertinggi diperoleh pada aspek kemudahan penggunaan, menunjukkan kelebihan bentuk kepingan yang mudah dimakan secara langsung. Produk ini dilihat berpotensi untuk dikembangkan dalam pasaran makanan sebagai pilihan makanan yang praktikal, dan mesra pengguna selaras dengan keperluan gaya hidup moden.

This study aims to evaluate the level of consumer acceptance toward sheet form jam produced from citrus pulp and peel. The product is formulated using stevia and honey as natural sweeteners, making it low in sugar and healthier compared to commercial jams. It is also developed as a practical and user friendly healthy food alternative, as it does not require additional utensils such as spoons for consumption. This innovation fully utilize natural ingredients and contributes to the reduction of food waste, aligning with modern lifestyle demands that prioritize convenience and health. The main objective of this study is to examine consumer acceptance in terms of taste, texture, aroma, and ease of use. A quantitative method was employed through the distribution of questionnaires to 150 respondents, consisting of staff and Semester 1 to 5 students of the Diploma in Halal Food Service Practice at Politeknik METrO Kuantan. The survey instrument covered demographic information, knowledge of citrus fruits, perceptions of product value, sensory evaluation and ease of use, as well as purchase intention. The findings indicate a high level of acceptance for the product’s ta -form structure, which can be eaten directly. The product is viewed as having sste, texture, aroma, nutritional value, ease of use, and purchase intention. The highest mean score was recorded for ease of use, highlighting the advantage of its sheettrong potential for market development as a practical and user-friendly food option that aligns with the needs of a modern lifestyle.

Author Biographies

Shahirah Muhammad Zin, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik METrO Kuantan, 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia

zinshahirah@gmail.com

Rofidza Ramli, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik METrO Kuantan, 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia

rofidza@pmku.edu.my

Downloads

Published

2025-12-12

Issue

Section

Articles

Similar Articles

1 2 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.